utama

output_xrxiq5

KAMI MEREKA CIPTA  HADIAH ATAU 'GIFT'   DALAM BENTUK BOUQUET MENGGUNAKAN POKOK HERBA SEGAR. KONSEP IDEA KAMI ADALAH MEMBERI KELAINAN DALAM PEMBERIAN HADIAH KEPADA ORANG TERSAYANG. HADIAH YANG BERMAKNA, TAHAN LAMA SEGAR DAN BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK KEGUNAAN DAPUR. YANG PENTING MENGGEMBIRAKAN ANDA SEMUA.

Berkenalan dengan saya pengasas hersideas.com.

 

 
Nama saya Karwina bt Abu Bakar . Dilahirkan di Batu Gajah , Perak ,dibesarkan di Batu Gajah dan Kuala Lumpur. Sewaktu saya kecil sekitar usia 5 tahun, saya memang sangat berminat dengan tumbuhan. Tangan saya akan memetik bunga samada bunga liar atau bunga yang ditanam di mana sahaja bapa saya bawa saya pergi. Pernah satu masa saya tanam bunga yang saya petik dan ia tumbuh dengan segar. Bayangkan waktu itu saya sangat kecil.

Tak sangka apabila besar saya menjadi seorang Arkitek Landskap bertauliah ('Certified Landscape Architect') graduan Univerti Putra Malaysia dan juga seorang arborist bertauliah ( 'Certified Arborist'- 'Trees Surgean') pakar mengenai pokok. Perancangan Allah sangat cantik untuk saya.

Oleh itu dengan pengalaman yang saya ada, saya ingin berkongsi dengan anda agar anda juga mempunyai minat dan sayang akan tumbuhan yang tumbuh di sekeliling anda. Menggunakan herba sebagai hadiah untuk yang tersayang.
company-profile-cahaya-landscape-consultant-010916-for-project-swimming-pool
output_qjoefk
Kami sangat pakar dalam bidang ini herba ini
Idea yang sangat canggih yang tidak ada di mana mana.
Memastikan anda puas hati
Mengikut cita rasa anda .
Kami mengadakan penghantaran terus ke rumah atau ke rumah orang yang dituju.
Kami juga memberi tip bagaimana untuk menjaga herba ini dengan baik sehingga anda merasai hasilnya.
Anda juga akan didedahkan dengan maklumat tentang kebaikkan setiap herba di http://www.herbsideas.com/blog 
Harga yang semestinya berpatutan.
awin

Kami mereka bentuk design secara eksklusif.Design ini hanya terdapat di herbsideas.com sahaja.

herbs

Pelbagai herbs dan design yang anda boleh pilih di herbsideas.com

sijil

Pengalaman kami yang luas dalam bidang ini. Kami menyertai festival untuk memperkenalkan herbs bouquet di mata rakyat malaysia dan luar negara.

output_4dhndz
Kami mencari kelainan dalam design kami
Herbs anda lebih tahan lama. Manakala bouquet bunga hanya tahan 2 hari kemudian dibuang. 
Orang tersayang boleh menggunakannya selepas itu  di dapur untuk masakan kegemaran mereka.
Herbs banyak manfaat dan kegunaan.
Hadiah anda akan jadi lebih berharga dan dihargai.
 Hadiah lebih segar dan sihat jika di makan.
Herbs memberi oksigen dirumah. Menaikkan mood positif.

 

output_9ahpxf
pudina

Nama saintifik: Mentha arvensis ...Nama biasa: pudina.... Family: Labiatae

Kebaikan boleh menghalau serangga kerana baunya yang kuat. Boleh di buat teh . Ambil 5 helai dan rendam dalam air panas dan di minum selepas 10 min. Kebaikannya untuk penghadaman pada perut dengan lebih mudah, meransang pengeluaran peluh dan sebagai anti-septik, anti-parasit dan anti-virus yang berkesan. Makanan popular yang menggunakan pudina meringues peppermint dan mint pesto. Untuk minuman dan makanan penutup, antara lain chocolate mint, mojito, dan aiskirim pudina.

thyme

Nama saintifik: Thymus vulgaris ...Nama biasa: Thyme..... Family: lamiaceae

. Banyak kegunaan, seperti meletak dibawah batal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Pokok ini mempunyai thymol yang merupakan antiseptik dan anti fungal. Juga mempunyai level antioksidan yang lebih tinggi dari herba yang lain.Ia juga tinggi kandungan mineral dan vitamin, magnesium dan selenium. Potassium ialah komponen sel dan cecair dalam badan membantu mengawal jantung dan tekanan darah. Dalam masakan digunakan thyme dipakai dalam menu telur, salad, sup dan 'grill'. Thyme memiliki rasa dan aroma pedas yang sangat kuat.

oregano

Nama saintifik: Origanum vulgare..... Nama biasa: Oregum/ oregano.... Genus: Mint famili (lamiaceae)

Rasanya seperti kepedasan, mint dan sedikit manis.Merupakan penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan, sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam. Juga membantu untuk meningkatkan selera makan disebabkan aroma daunnya. Membantu juga hilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong. Untuk sakit tekak, buatkan seperti teh dan minum. Oregano juga sesuai untuk awet muda, mencantikkan kulit dan lancarkan peredaran darah. Makan ia sebagai ulam. Jenis masakan: masakan western seperti oglio spagetthi, spagetthi bolognese, pizza ,pasta dan grill.

pegaga1

Nama saintifik: Centella asiatica....Nama biasa: Pegaga, Indian pennywort ...... .......Famili: Mackinlayaceae

Boleh mengurangkan cirit birit dan meningkatkan daya ingatan di kalangan kanak-kanak , menyembuhkan luka dengan melumatkan daun dan tampal di tempat luka. Jus dari akar jika diminum dapat mencuci ulser. Bagi kaum wanita daun ini baik untuk ibu selepas mengandung untuk memperbaiki rahim, menambahkan susu serta awet muda, menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku, mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal,anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru. Penawar kepada darah tinggi,meningkatkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis dan juga untuk menguruskan badan. Pelbagai masakan boleh disediakan dengan pegaga iaitu kerabu, masak lemak, pegaga masak belacan, rendang pegaga dan etc

basil2

Nama saintifik: Ocimum basilicum... Nama Biasa: Basil, Selasih... Family: Lamiaceae

Berkesan untuk masalah diabetes,mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kadar kolesterol ,meningkatkan daya tahan badan terhadap stress, trauma, keresahan dan keletihan, minyaknya sebagai anti bakteria, sakit kulit kronik, kurap dan kusta juga boleh dikurangkan dengan campuran lemon dan daun basil dijadikan krim. Pokok berupaya untuk menghalang gangguan serangga dan nyamuk di rumah,melegakan batuk , menyingkirkan cacing daripada usus, melegakan demam malaria dan demam denggi, menurunkan suhu badan ,menghilangkan selsema dengan mengunyah daun segar dam minum rebusan daun. Dapat menambahkan tenaga dengan mandi air rebusan pokok ini.  Banyak jenis masakan yang menggunakan daun basil . masakan barat seperti spagetthi, pasta, pizza dan masakan india.

rosemarry

Nama saintifik: Rosmarinus officinalis .... Nama Biasa: Rosemary..... Family: Lamiaceae

Ia mempunyai aroma yang kuat. Ia membantu dalam menguatkan ingatan. Letak di meja pejabat atau ketika anak anak sedang belajar.Ia juga membantu untuk mengelakkan kanser , membantu masalah penghadaman dan haid tidak teratur. Minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Dapat menghilangkan masalah sakit kepala jika guna ia sebagai losyen.Untuk rawatan batuk minum herba rosemary bersama dengan madu.Untuk menyuburkan dan mencantikkan kulit, gunakan ia sebagai tonik. Selain itu ia juga boleh menghilangkan kedutan kecil pada kulit. Jenis masakan yang boleh menggunakan rosemary selalunya adalah masakan grill.

lavender-bouquet-1

Nama Saintifik: Lavandula angustifolia.... Nama Biasa: Lavender.... Famili: Lamiaceae

.Kebanyakan spesies daun dilindungi dalam bulu halus dan mengandungi pati. Bunga berwarna ungu ini digunakan sebagai pewangi atau parfum kerana mempunyai aroma yang khas. Khasiat lain, dapat mengelakkan gigitan nyamuk, mengelakkan gejala sukar tidur, menstabilkan mood agar tenang dan positif, memperbaiki kesihatan rambut, bau mulut, anti bakteria, antivirus, lelah dan maslah muka berjerawat.

chili

Nama saintifik: Capsicum Frutescens Linn Nama Biasa: Cili padi, Cili api Famili: Solanaceae 

Cili  banyak khasiat seperti antikanser, melancarkan pernafasan, melawan penyakit ulser, berfungsi untuk proses pencernaan, menyihatkan jantung dan melancarkan peredaran darah. Pelbagai masakan menggunakan cili seperti sambal tumis, kari, masak lemak dan makanan barat, india dan cina.

kesum

Nama Saintifik: Persicaria odorata... Nama biasa: Kesum.... Famili: Polygonaceae 

Ia dapat mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Mempunyai  dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

sup

Nama: Apium graveolens Nama biasa: daun sup, daun saderi  Famili: Apiaceae

Banyak khasiat saderi seperti menghapuskan parasit usus. Merawat tekanan darah tinggi. Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah.Saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan.  

output_bnl7sk

Anda hanya perlu pilih jenis  herba yang anda suka dan pilih design di bawah.

basil-bouquet

DESIGN 1

cili-boquet

DESIGN 2

oregano-bouquet

DESIGN 3

sup-bouquet

DESIGN 4

kesum-bouquet

DESIGN 5

lavender-bouquet-1

DESIGN 6

lemon-balm

DESIGN 7

rosemary-bouquet

DESIGN 8

oregano-bouquet

DESIGN 9

pandan-bouquet

DESIGN 10

Kami juga boleh merekabentuk design khas untuk anda secara esklusif mengikut citarasa anda.

output_eca8on
kak-sari

Puan Sariah merupakan seorang Arkitek Landskap di PKNS merasa gembira apabila menerima bouquet dari herbsideas.com

sirri

En. Mohamad Sirri merupakan seorang kontraktor di an nusyur sdn bhd membeli herbs bouquet untuk dihadiahkan kepada ibunya.

customer

Salah seorang pelanggan kami membeli herbs bouquet untuk isteri tercinta.

customer2

Ibu dan anak memborong 3 herbs bouquet iaitu cili, daun sup dan pudina.

SUMBER DARI JABATAN PERTANIAN SERDANG

output_gv0gcm
♦Bagaimana untuk mendapatkan herba yang superb ini?
♥Jangan risau kami menghantarnya terus di pintu rumah anda untuk kawasan lembah klang. 
♦Pokok ini tahan ke?
♥ Sudah tentu tahan dengan cara penjagaan yang teratur iaitu dengan memastikan ia cukup air, cukup cahaya matahari dan diberi baja 2 minggu sekali. Herba yang ada dalam package kami adalah jenis yang tahan lama.

♦Bagaimana jika pokok itu dalam keadaan patah atau berada dalam keadaan layu.

♥Jangan risau. kami akan menggantikan dengan pokok yang lain. kami akan memastikan anda puas hati dengan herba yang anda beli.

♦Leceh la nak tanam sendiri

♥Jangan risau. Anda tidak perlu tanam sendiri. Kami menyediakan herba yang siap ditanam di dalam pasu yang hanya perlu diletak di atas meja atau di tepi tingkap dapur anda. Atau anda boleh letak di balconi rumah anda. Design pasu yang cantik akan mencantikkan lagi rumah anda.

♦Bagaimana untuk mendapatkan baja untuk herba ini.

♥Jangan risau. Kami juga ada menyediakan baja untuk herba tersebut di dalam package.

♦Bagus ke herba-herba ini.

♥Sudah tentu. Setiap herba ciptaan Allah mempunyai khasiatnya untuk melawan pelbagai penyakit.

♦Bagaimana jika herba ini menyebabkan pembiakan nyamuk.

♥Sudah tentu tidak kerana herba-herba ni mempunyai aroma yang sangat kuat yang membantu menghalau nyamuk dirumah.

♦Jika saya potong herba ini untuk dibuat bahan masakan adakah ia akan mati?

♥Sudah tentu tidak. Herba akan mengeluarkan pucuk baru dan melebatkan lagi pokok. Anda hanya perlu memberi pestiside untuk mengelakkan ia dari kena penyakit.

♦Apakah pestiside yang perlu digunakan.

♥Anda boleh buat sendiri pesticide organik di rumah. Iaitu menggunakan bahan semulajadi bawang putih, cili, halia,minyak masak dan air. Semua bahan di blend. Anda hanya perlu sembur sahaja pada daun herba 2 kali seminggu.

output_mfkcyd

Kami mengadakan promosi pada akhir tahun ini sempena sambutan tahun baru. Setiap pembelian akan mendapat FREE GIFT  dari herbsideas.com

ANDA HANYA PERLU MEMILIH SALAH SATU PROMOSI DI BAWAH.

output_oytrp0

PROMOSI 1

output_uxjtry

PROMOSI 2

output_pyk3xc

PROMOSI 3